SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PINANG TUNGGAL
Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal merupakan Sekolah Melayu yang pertama di kawasan Pinang Tunggal. Sekolah ini merupakan institusi pendidikan yang pertama didirikan di Kampung Permatang Berangan sejak awal tahun 1930-an lagi bersamaan 1333 Hijrah. Pada permulaannya sekolah ini hanya berdindingkan buluh dan beratap rumbia. Terdapat 1 blok yang menempatkan 4 kelas dari darjah 1 hingga darjah 4. Bangunan sedia ada telah dinaik taraf dan dilakukan penambahan seiring dengan kemajuan yang ada. Bangunan Blok A telah dibina pada tahun 1985 bagi menampung murid yang semakin ramai di sekolah ini.
Selepas itu, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG serta waris telah bergotong royong membina satu blok bangunan yang kini dikenali sebagai blok D yang menempatkan murid-murid tahun 1. Bangunan ini dibina pada tahun 1998. Dengan terbinanya taman-taman perumahan yang semakin rancak, sekolah ini memerlukan bangunan sekolah yang lebih besar bagi menampung jumlah murid yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina sebuah lagi bangunan 2 tingkat pada tahun 2001 yang menempatkan kelas, bilik mesyuarat, bilik tayangan, makmal sains, bengkel kemahiran hidup dan dewan terbuka.
Selepas itu, makmal komputer turut dibina pada tahun 2001 bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam membentuk murid yang celik kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Pada Tahun 2007, bangunan pra sekolah turut dibina untuk menempatkan murid pra sekolah.
Sekolah ini juga mempunyai kemudahan surau yang telah dibina pada tahun 1980-an. Namun, melihat kepada jumlah murid yang kini mencapai 940 orang, pihak sekolah dan PIBG telah menubuhkan jawatankuasa pembinaan surau baru bagi menggantikan surau lama yang dilihat sudah tidak mampu menampung murid-murid yang semakin ramai. Surau baru ini telah dimulakan pembinaannya pada tahun 2009 dan telah dirasmikan oleh Timbalan PPD KMY pada bulan Ramadhan tahun 2011 .
Terdapat kemudahan lain yang melengkapkan prasarana sekolah ini seperti padang permainan, kantin sekolah, pondok pengawal, garaj kereta, garaj basikal murid dan lain-lain. Kini, sekolah ini diterajui oleh Guru Besarnya Pn. Hjh Rabeah Bt Yaacob dalam mentadbir sekolah yang kini mencapai usia lebih kurang 79 tahun.
GURU-GURU BESAR SK PINANG TUNGGAL
1. EN. MD ISA BIN YASIRI
2. EN. ISMAIL
3. EN. AZIB
4. EN. MD ALI BIN MD ALIB - 1945 – 1950
5. EN. ALI BIN SAAD
6. EN. HAMZAH BIN YAHYA
7. EN. AZIZ BIN HJ AHMAD
8. EN. OSMAN BIN ALI
9. EN. SABRI BIN ARSHAD
10. EN. YUSUF BIN NAYAN
11. PN. AZZIAH BT OTHMAN - 16/4/1999 – 31/11/1999
12. PN. SOFIAH BT KA MD YUSOF- 10/4/2000- 10/4/2001
13. PN. FATIMAH BT NOOR- 22/5/2001 – 20/6/2003
14. PN. MAHANI BT MUSTAFFA - 11/11/2004 – 31/12/2005
15. PN. NORAL AISHAH BT HARUN - 5/1/2006 – 16/6/2007
16. EN. HUSSIN BIN MD LAZIM - 17/6/2001 - 31/5/2009
17. PN. HJH RABEAH BT YAACOB - 1/6/2009 - 14/8/2015
18. En. MANSOR BIN MOHAMAD - 14/8/2015 - HINGGA SEKARANG